PM turun Bagan Datuk, bukti gandingan mantap bersama Presiden 

0
1

Najamuddin Mohd Nor 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turun ke kawasan Parlimen Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini. 

Kehadiran Perdana Menteri ke Bagan Datuk itu melambangkan hubungan akrab kedua-dua pemimpin sekali gus menepis segala tohmahan negatif terhadap hubungan mereka sebelum ini. 

Program yang diberi nama Solidariti Barisan Nasional (BN), Kestabilan dan Kemakmuran berlangsung di Bangunan Umno Bahagian Datuk bermula pada pukul 2.30 petang, dihadiri ahli BN di seluruh Perak ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kian terasa. 

Beberepa pemimpin utama BN di peringkat pusat dan negeri turut kelihatan pada program petang ini. 

Semalam, Ahmad Zahid menegaskan, Ismail Sabri akan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 sekiranya BN menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. 

Pengakuan Ahmad Zahid itu sekali gus mematikan spekulasi kononnya beliau mengidamkan jawatan Perdana Menteri. 

Selain itu, setakat ini lebih 10 Umno Bahagian menyatakan sokongan mahu Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden parti itu dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya BN menawan PRU15 ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here