Pelumba drag maut, kejohanan dihentikan serta merta

0
1

SEORANG peserta Perlumbaan Battle of The King (BOTK) 2022 maut dalam kejadian yang berlangsung di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, hari ini.

Kejadian itu dimaklumkan oleh penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport menerusi laman sosial Facebook rasminya.

Susulan itu, MUSC Motorsport memaklumkan kejohanan yang sepatutnya berakhir esok dihentikan serta merta dan ditangguhkan kepada satu tarikh yang lain.

Katanya, ia bagi menghormati mangsa dan keluarga.

“MUSC mengucapkan salam takziah kepada Apeh Jamal dan keluarga,” katanya.

Menerusi klip video yang tular di media sosial, pelumba drag yang dikenali sebagai Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin tidak dapat mengawal kereta lumbanya lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok.

Mangsa yang berusia 40 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here