Covid-19: 2,231 kes baharu, 5 kematian semalam

0
2
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lima kematian baharu akibat Covid-19 semalam. 

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,415 kes sejak virus tersebut melanda negara. 

Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). 

Sementara itu, sebanyak 2,231 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan enam kes import.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,825,183 kes. 

Selain itu, seramai 22,547 individu atau 95.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). 

Sebanyak 976 kes pula dirawat di hospital dan 34 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 21 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here