Kasih sayang kepada Ketari tak akan pudar – Young Syefura

0
1
young syefura

PELUANG berkhidmat empat tahun sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari memberi banyak pengalaman dan mengajar selok belok dunia politik, kata Young Syefura Othman.

Dalam hantaran di Facebook, Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, memaklumkan tugasnya sebagai Adun Ketari berakhir sejurus pembubaran DUN Pahang yang dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, pagi tadi.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penduduk Ketari sepanjang khidmatnya sebagai Adun.

“Terima kasih atas kerjasama dan kasih sayang anda semua kepada saya sepanjang menjadi Adun di kawasan Ketari ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua agensi dan jabatan kerajaan serta Majlis Perbandaran Bentong yang banyak membantu dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat,” katanya.

Young Syefura berkata, pengalaman sepanjang berkhidmat di Ketari akan dijadikan panduan untuk masa akan datang.

“Kasih dan sayang saya kepada Ketari tidak akan pudar dan Ketari tidak akan luput dalam ingatan saya. Sehingga kita berjumpa lagi #Ketariku,” ujarnya.

Pahang menjadi negeri pertama membubarkan DUN selepas pembubaran Parlimen diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Isnin lalu.

Pengumuman mengenai pembubaran DUN dibuat Menteri Besar dalam sidang media khas di Kuantan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here