KECUAIAN dan kekhilafan Tun Dr Mahathir Mohamad menyababkan Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2008 berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hasil laporan pasukan semakan undang-undang telah dibentang dalam mesyuarat Kabinet.
Katanya, setelah mendengar pembentangan daripada Pasukan Khas Semakan UndangUndang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan, maka Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh pasukan tersebut.
“Meneruskan tindakan perundangan di ICJ berkaitan isu ini.
“Mesyuarat dimaklumkan mengenai terdapat kemungkinan kecuaian dan kekhilafan bekas Perdana Menteri Ke-7, Dr Mahathir apabila
Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada tahun 2008.
“Dan permintaan tafsiran Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selepas Dr Mahathir membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan
semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 23 Jun lalu, Dr Mahathir dilaporkan menyalahkan kerajaan Johor berhubung kehilang Pulau Batu Puteh itu.
Menurutnya, kehilangan pulau kecil itu bukanlah satu perkara besar dan ia merupakan kesilapan kerajaan Johor yang menafikan pemilikan pulau itu.
Dr Mahathir juga menganggap kenyataan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan tuntutan Pulau Batu Puteh adalah semata-mata pendapat baginda.
Bagaimanapun menurut bekas Perdana Menteri itu ia juga bukanlah kenyataan yang dibuat oleh mana-mana hakim yang menentukan apa-apa keputusan.
Dalam pada itu Ismail berkata, kerajaan akan Mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan kedaulatan negara.
“Syor-syor hala tuju kerajaan dan penambahbaikan yang dicadangkan Pasukan
Petugas Khas melalui kedua-dua laporan (termasuk buku memoir Tan Sri Tommy Thomas) ini adalah bersifat telus, berkecuali dan
inklusif denganmempertimbangkan hasil analisa, penelitian serta pemerhatian ahli Pasukan Petugas Khas.
“Pelaksanaan Pasukan Petugas Khas ini secara keseluruhannya menjelaskan komitmen kerajaan untuk penyelesaian terbaik berkaitan perkara ini demi
kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya lagi.- Malaysiapost

