Adun BN letak jawatan Exco Kedah

0
2

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air, Tenaga dan Pengairan Saliran negeri, berkuatkuasa serta-merta.

Beliau yang juga merupakan satu-satunya wakil daripada Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah sebelum mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan bertarikh 12 Oktober dimuat naik dilaman Facebooknya hari ini.

Menurutnya, perletakan jawatan itu dibuat secara rela hati dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas perkenan Tuanku melantiknya bagi jawatan berkenaan.

Suraya turut mengucapkan penghargaan kepada barisan Exco serta kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah, semua jabatan dan agensi kerajaan, khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Syarikat Air Darulaman (SADA), Tenaga Nasional Berhad (TNS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan NGO.

Beliau turut berterima kasih kepada seluruh rakyat negeri Kedah, yang selama ini memberikan kerjasama erat bagi memastikan pelaksanaan dasar Kerajaan Negeri di bawah bidang portfolionya dapat direalisasikan sebaik mungkin.

“Berjiwa besar, pastinya saya tidak akan lupa segala pada segala segala cabaran dan pengalaman membantu penyelarasan mempercepatkan projek menaiktaraf lima Loji Rawatan Air (LRA) yang tertangguh akibat dihentikan Kerajaan Negeri terdahulu.

“Menyaksikan terimaan manfaat bernilai RM2.62 bilion atas penstrukturan semula industri air negeri Kedah, meliputi penghapusan hutang RM1.82 bilion dan selebihnya bagi kos membina dua buah LRA baharu di Sidam Kiri dan Kodiang.

“Antara pengalaman berharga beliau dalam memegang jawatan Exco bagi penggal kali ini adalah membantu menyediakan sumber air tambahan buat rakyat negeri Kedah, melibatkan dua buah Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS),” katanya.

Beliau berkata, perkara yang paling mencabar adalah berhadapan dengan cabaran bencana banjir dan kepala air di daerah Yan dan Baling, tragedi ban pecah di Sungai Santap dan krisis bekalan air pada musim kemarau tahun 2021.

“Namun, Alhamdulillah berkat kesabaran, keikhlasan dan jati dirinya selaku anak jati Kedah, saya yakin diri ini telah memberikan sepenuh komitmen dan bekerja keras sedaya mungkin sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah.

“Sebagaimana yang diamanahkan Kerajaan Negeri dan rakyat negeri Kedah. Semoga Allah merahmati dan akan terus memayungi negeri Kedah Darul Aman dalam reda-Nya insya-Allah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here