Perpaduan ummah boleh dicapai jika semua parti berlapang dada – PAS

0
1

USAHA menjayakan gagasan perpaduan ummah akan lebih mudah dicapai apabila semua parti utama Melayu-Islam dan Bumiputera berlapang dada serta berjiwa besar.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kesemua parti tersebut perlu melihat kepentingan lebih besar iaitu kestabilan negara dan kebahagiaan rakyat.

“Dalam hal ini PAS juga berpandangan bahawa konsep dominasi politik oleh golongan majoriti dalam sesebuah negara bukanlah sesuatu yang berbentuk rasis dan tidak adil.

“Sebaliknya ia adalah suatu lumrah penerimaan umum di mana-mana negara di dunia,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Sementara itu Takiyuddin mengingatkan jentera pilihan raya PAS agar bersiap sedia sepenuhnya menghadapi PRU15 yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Katanya, sebagai parti berteraskan Islam, seluruh pimpinan dan ahli serta penyokong juga dikehendaki terus menjaga adab dan kesopanan seperti mana diajar oleh agama Islam.

Ini katanya, termasuk dalam segala hantaran mahupun artikel di media sosial yang boleh menimbul kebencian dan fitnah termasuk terhadap lawan politik yang wajib dielak sama sekali.

“Perlu diingat Perlembagaan PAS menetapkan semua ahli antara lain perlu sepanjang masa mengamal akhlak Islam serta sentiasa mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

“Perbuatan seumpama itu suatu kesalahan tatatertib yang boleh diambil tindakan sewajarnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here