Mizz Nina Ikon Aktivis Kemanusiaan

0
2

PENYANYI Mizz Nina dipilih sebagai antara penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini yang disambut  di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Selebriti berkenaan yang nama sebenarnya Syazrina Azman, 42, dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Ikon Aktivis Kemanusiaan.

Dalam sambutan itu, Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif Dagang NeXchange Bhd (DneX) Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir diumumkan sebagai penerima Anugerah Perdana.

Bagi kategori Ikon Sains dan Peradaban, anugerah diterima oleh Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Azizan Baharudin, manakala anugerah Ikon Media Islam diterima oleh Penerbit Eksekutif (Pengisian Kandungan Islam) TV3 dan TV9, Ahmad Noor Sulaiman.

Kategori Ikon Korporat Islam pula diterima Pengasas Kumpulan Zikay, Datuk Mohd Khay Ibrahim; pesara guru Tadika, Chee Hoi Lan menerima anugerah Ikon Ibu Sejati-Keluarga Malaysia dan pakar kaunseling, Hushim Salleh dianugerahkan sebagai Ikon Kaunselor dan Motivasi.

Kesemua penerima diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here