‘Saya tak nak masuk neraka’ – Peja

0
1

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan perkara dalam mesyuarat Kabinet tidak boleh didedahkan kepada umum.

Jelasnya lagi, beliau sudah bersumpah dengan nama Allah SWT di hadapan Yang di-Pertuan Agong untuk tidak bercerita mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Sebab saya bersumpah atas nama Allah SWT kalau saya ceritakan masuk neraka. Saya tak nak masuk neraka.

“Dia makan rasuah, salah guna kuasa dengan bersumpah dengan nama Allah, kemudian kita tak ikut masuk neraka,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perasmian Hari Sukan Negara 2022, hari ini.

Ahmad Faizal berkata demikian bagi mengulas sama ada perkara membabit pembubaran Parlimen turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Pada masa sama, Ahmad Faizal yakin biarpun Parlimen dibubarkan sebelum Bajet 2023 diluluskan, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang akan ditubuhkan selepas itu akan membentangkan satu peruntukan yang baik untuk negara.

Ditanya mengenai tindakan 12 Menteri PN mengutuskan warkah kepada Agong berhubung pendirian menolak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan tahun ini, Ahmad Faizal berkata, pihaknya perlu menyampaikan hasrat mereka kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya, ketika Ahmad banyak tidak bersetuju dengan Ahli Parlimen PN, mereka juga tidak bersetuju dengan pemimpin Umno itu.

“Ini adalah sebuah negara berdemokrasi. Kami fikir kami perlu menyampaikan hasrat dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ada pihak yang tak bersetuju, ada ramai juga yang bersetuju. Jadi tak perlu kita nak bergaduh. Saya menghormati beliau dan saya fikir masing-masing boleh mengeluarkan pandangan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here