Persidangan sayap Umno medan terbaik kuatkan parti – Ismail Sabri

0
1

PERSIDANGAN sayap Umno yang berlangsung selama tiga hari mulai semalam, adalah medan terbaik untuk memperkuatkan parti itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara adalah perjuangan utama Umno.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno, berkata parti itu adalah harapan bangsa yang sentiasa menabur khidmat dan bakti kepada seluruh Keluarga Malaysia.

“Selamat bersidang kepada semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di seluruh negara. 

“Jadikan persidangan ini sebagai medan untuk kita memperkuatkan lagi parti keramat ini. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati perjuangan dan usaha kita semua,” katanya dalam catatan Facebook hari ini.

Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno berlangsung mulai semalam sehingga 9 Oktober ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here