Tengku Zafrul mohon ahli Parlimen sokong Bajet 2023 

0
2

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menyeru semua ahli Parlimen termasuk pembangkang mendokong Bajet 2023 demi kebaikan negara dan masa depan lebih 32 juta rakyat. 

Beliau berkata, Bajet 2023 dibentangkan hari ini diharap dapat menjadi penyelesaian seterusnya kepada  pelbagai keperitan yang dialami rakyat ketika ini. 

“Moga-moga ia dapat terus menyerlahkan jalan ke hari esok, di mana Insya-Allah, menanti masa depan yang lebih cerah. 

“Kini, cabaran faktor-faktor global luaran pula timbul, namun kerajaan tidak mengerti erti lelah dan akan terus nekad untuk menjadi dahan teguh bagi pautan rakyat yang memerlukannya. 

“Kepada ahli-ahli Yang Berhormat, saya menyeru, marilah sama mendokong Bajet ini, di bawahnya berteduh impian, terpancar harapan, lebih 32 juta rakyat Malaysia, itulah natijahnya, kini lah momennya, inilah Bajet 2023,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini. 

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here