PH umum strategi, kerangka bajet sendiri Rabu ini – Saifuddin

0
1

PAKATAN Harapan (PH) akan mengumumkan strategi dan kerangka bajet mereka pada Rabu ini, iaitu dua hari sebelum Bajet 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengajak rakyat menilainya berasaskan dasar dan pendekatan sesebuah parti atau koalisi.

Beliau menegaskan, keputusan yang dibuat dengan sentimen dan emosi tidak membawa kebaikan untuk semua.

“Bajet post pandemik amat mencabar kerana hasil negara tidak bertambah, sedangkan komitmen meningkat. Bajet kali ini dijangka mengulangi bajet defisit seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya dalam hantaran Facebooknya, hari ini.

Dalam hantaran itu juga, Saifuddin memaklumkan beliau hanya berkesempatan menghadiri sidang Parlimen esok berikutan terikat dengan urusan rasmi di luar negara.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata, PH tidak akan mengemukakan bajet alternatif terhadap Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan kerajaan Jumaat ini.

Sebaliknya, PH hanya akan mengeluarkan kenyataan mengenai pendirian berkaitan kewangan dan ekonomi negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here