Istana Negara nafi PM menghadap Agong hari ini

0
1

ISTANA Negara menafikan laporan yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon pembubaran Parlimen, hari ini.

Perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, hari ini.

“(Ia) berita palsu. Tuanku masih di Singapura,” katanya memetik laporan portal FMT.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Perdana Menteri yang dihubungi pagi tadi turut menafikan Ismail Sabri akan ke Istana Negara.

“Tiada dalam jadual. Hanya mesyuarat saja hari ini,” katanya ringkas.

Dakwaan kononnya Ismail Sabri akan mengadap Agong hari ini dinyatakan seorang blogger yang baru dipecat keahlian daripada Umno, sebelum kenyataannya itu dilaporkan oleh media selain turut diulang siar di media sosial.

Spekulasi pembubaran Parlimen bertiup kencang ketika ini sungguhpun Perdana Menteri masih berteka-teki untuk mengumumkan bila pembubaran akan diumumkan.

Baru-baru ini, Ismail Sabri meminta semua pihak bersabar dan menunggu pengumuman rasmi berkenaan pembubaran Parlimen

“Tunggu dulu. Tunggulah… kalau daripada tahun lepas sudah tunggu, tahun ini boleh tunggu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here