PM pandang serius isu buli di sekolah 

0
1

KERAJAAN memandang serius terhadap isu buli di sekolah, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan dalam usaha menanganinya, Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambah baik Prosedur Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan, di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) telah ditubuhkan. 

Menurutnya, jawatankuasa Khas itu yang dianggotai lapan tokoh dan pakar berpengalaman akan meneliti dokumen berkaitan prosedur pengendalian kes buli dan gangguan seksual serta mengenal pasti dan menentukan cadangan tadbir urus bersesuaian. 

“Selain itu, jawatankuasa khas ini akan mengesyorkan tindakan dan penambahbaikan yang boleh diambil oleh KPM dengan laporan dan perakuan dikemukakan kepada Menteri Kanan Pendidikan pada Disember 2022,” katanya. 

Beliau berkata demikian sempena Perhimpunan Khas Bersama Warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) di ibu negara hari ini. 

Sementara itu Ismail Sabri berkata, beliau turut memberi perhatian terhadap isu-isu melibatkan guru. 

Katanya ia termasuk isu kadar bayaran Pengawas Peperiksaan Awam dan kadar bayaran Pemeriksa Kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang tidak setimpal dengan keadaan semasa. 

“Pada masa sama, kerajaan sedang berusaha mengatasi pelbagai isu yang membelenggu pendidikan  negara seperti penyelenggaraan sekolah bagi menjaga aspek keselamatan, elaun penolong kanan sekolah yang perlu dikaji semula dan kekurangan guru yang harus diatasi segera. 

“Kerajaan juga menyedari terdapat lima juta murid di 10,250 sekolah memerlukan kemudahan ICT terkini, selaras perkembangan teknologi semasa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here