Warga emas maut terjun dari jejantas monorail

0
2

SEORANG warga emas maut selepas bertindak terjun dari stesen monorail sebelum terjatuh di atas sebuah lori berhampiran Plaza Berjaya, Jalan Imbi, Kuala Lumpur, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, kejadian yang berlaku pukul 1.07 tengahari sebelum itu dilihat dua orang saksi yang memberitahu polis, mangsa berdiri di luar penghadang tingkat tiga, stesen monorail Jalan Imbi.

“Sejurus kemudian, mangsa berusia 61 tahun itu bertindak terjun ke bawah lalu terjatuh ke atas sebuah lori yang sedang bergerak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Delhan menjelaskan, mangsa warga tempatan itu disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Menurutnya, mayat telah dihantar ke Unit Forensik pada pukul 2.25 petang sementara menunggu hasil bedah siasat yang dijangka keluar pada esok hari. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here