Wanita Pakistan didakwa cuba culik budak

0
1

Ben Ibrahim

Kejadian cubaan culik itu tular di media sosial pada 19 September lalu.

Proses pendakwaan bagaimanapun tidak dapat dilakukan selepas tertuduh warganegara Pakistan, Bibi Nasihat, 42, tidak memahami bahasa Melayu dan Inggeris.

Timbalan Pendakwaraya, S Punitha kemudian memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM7,000 dan dua penjamin warganegara Malaysia sementara menunggu tarikh sebutan semula kes.

Peguam tertuduh, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi bagaimanapun meminta mahkamah mengurangkan jumlah wang ikat jamin memandangkan tertuduh baru sahaja tiba di Malaysia sebulan lalu.

Selain itu, tertuduh tidak bekerja dan mengharapkan pendapatan suaminya sebanyak RM1,600 sebulan yang bekerja di kedai perabot.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan seorang penjamin warga tempatan.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport miliknya untuk simpanan mahkamah sehinggga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 1 November depan.

Tertuduh berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 350 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 352 akta sama.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here