Kemunculan Sultanah Nur Diana Petra curi perhatian warga maya

0
1

SULTANAH Nur Diana Petra Abdullah sekali lagi mencuri perhatian warga maya selepas penampilan pertamanya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran Facebook, Unit Media Pejabat Sultan Kelantan berkongsi beberapa gambar Sultanah Kelantan berangkat ke Majlis Santapan meraikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Wickham, Kuala Lumpur.

Turut mencuri perhatian lensa kamera adalah Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson, yang juga berangkat ke majlis tersebut.

Sultanah Nur Diana Petra dimahsyurkan sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Sultanah Kelantan membuat kemunculan pertama di Istana Negeri Kubang Kerian pada 14 September lalu apabila berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here