Pendedahan rahsia kerajaan dan salah guna kuasa antara salah laku dalam buku Tommy Thomas

0
1

Aiman Hanif

PASUKAN Petugas Khas mengkategorikan 19 dakwaan salah laku dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” karya Tan Sri Tommy Thomas kepada empat kategori utama.

Menurut rumusan yang dikemukakan Pasukan Petugas Khas, 19 dakwaan salah laku Thomas dikategorikan kepada empat pecahan iaitu, badan kehakiman; pendedahan maklumat dan rahsia kerajaan; tindakan tidak sah, salah guna kuasa dan kecuaian profesional dan kenyataan berbaur hasutan.

“Pasukan Petugas Khas telah meneliti keseluruhan Buku dan
mengenal pasti sejumlah 19 dakwaan-dakwaan berdasarkan kepada pendedahan Thomas dalam buku tersebut.

“Kajian lanjut telah dibuat bagi membuktikan dakwaan-dakwaan yang dibangkitkan dalam buku tersebut melalui hasil temu bual dan penelitian dokumen-dokumen penting.

“Setelah perbincangan lanjut, Pasukan Petugas Khas telah
mengkategorikan dakwaan-dakwaan tersebut kepada empat isu utama,” menurut rumusan laporan berkenaan seperti yang dilihat Malaysiapost.

Semalam Malaysiapost melaporkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat buku Thomas, tidak menolak kemungkinan wujud salah laku oleh bekas Peguam Negara itu ketika memegang jawatan berkenaan.

Berdasarkan dokumen laporan pasukan berkenaan yang dilihat Malaysiapost, Pasukan Petugas Khas mengesyorkan Jabatan Audit Negara (JAN) serta agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan audit dan penyiasatan yang sewajarnya ke atas Jabatan Peguam Negara (AGC).

Mengulas lanjut, Pasukan Petugas Khas memaklumkan bahawa dalam isu badan kehakiman pihaknya menyiasat berhubung dakwaan campur tangan bekas Peguam Negara itu.

“Dalam isu badan kehakiman, Pasukan Petugas Khas
menyiasat dakwaan terdapat forum shopping dalam penetapan hakim
bagi satu-satu kes, dakwaan hakim-hakim yang terlalu rapat dengan badan eksekutif, dakwaan campur tangan Thomas terlibat dalam urusan pelantikan pengganti Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif.

“Dan dakwaan bahawa hakim yang dilantik daripada perkhidmatan perundangan dan kehakiman tidak cekap dalam undang-undang komersial,” kata laporan itu lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here