Warga Bangladesh maut runtuhan konkrit di tapak pembinaan

0
2

BURUH binaan warga Bangladesh maut selepas tertimbus dalam kejadian runtuhan struktur di tapak pembinaan Oxley Tower, Jalan Ampang, Kuala Lumpur tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, panggilan kecemasan membabitkan kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 12.23 tengah malam.

Menurutnya, susulan itu sepasukan 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak serta Keramat 2 ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati berlaku runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan dalam pembinaan itu dan runtuhan melibatkan seorang mangsa yang tertimbus,” katanya

Menurutnya, anggota bomba bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertindak memotong dan memecahkan besi konkrit bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dari timbunan konkrit pada jam 7.21 pagi dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian”.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here