PENULARAN penyakit cacar monyet adalah berpunca dari sentuhan kulit ke kulit atau kontak rapat bersemuka dan sentuhan pada objek seperti tuala dan pakaian yang tercemar.
Kementerian Kesihatan Malaysia-Portal Myhealth dalam kenyataan di Facebook berkata, gejala akan bermula antara lima hingga 21 hari selepas jangkitan.
Gejala individu yang dijangkiti adalah seperti ruam dengan lepuh pada muka, tangan, kaki, badan, mata, mulut atau alat kelamin.
Selain itu, demam, bengkak kelenjar limfa, sakit kepala yang teruk, sakit otot dan belakang serta keletihan.
Justeru, menurut Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiga langkah yang perlu dilakukan jika menjadi kontak rapat kepada kes cacar monyet.
“Pantau gejala cacar monyet; elakkan kontak rapat dengan orang lain dan dapatkan rawatan segera jika bergejala,” katanya. – Malaysiapost

