Kit Siang minta PM segera umum PRU-15 diadakan tahun ini atau sebaliknya

0
2
https://www.facebook.com/35787761072/photos/pb.100044336560741.-2207520000../10157965189016073/?type=3

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu mengumumkan selewat-lewatnya hari Khamis ini sama ada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini atau sebaliknya.

Veteran DAP Lim Kit Siang, berpendapat jika ia tidak diumumkan tiada siapa akan berminat dengan Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan pada 7 Oktober ini sebaliknya semua tertumpu kepada persoalan bilakah Parlimen akan dibubarkan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, sekiranya Ismail Sabri meminta pembubaran Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2023, Yang di-Pertuan Agbaginda mempunyai dua sebab yang kuat untuk menolak memberi perkenan.

“Parlimen tidak patut dijadikan bahan jenaka atau permainan politik sebaliknya perlulah diberikan ruang untuk membahas dan meluluskan Belanjawan 2023.

“Musim tengkujuh dan bencana banjir telah mengorbankan 54 nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda peribadi dan awam yang melibatkan sejumlah RM6.5 bilion pada tahun lepas.

“Masanya sekarang adalah untuk ditumpukan kepada bencana yang mungkin berlaku apabila musim tengkujuh melanda untuk memastikan korban nyawa dan kerosakan yang minima di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akan menjadi satu titik hitam terhadap kepimpinan Ismail Sabri sekiranya bencana banjir yang terburuk dalam sejarah negara terjadi semasa dia menjadi Perdana Menteri.

“Inilah masanya untuk Ismail Sabri memutuskan sama ada kepentingan negara atau kepentingan “kluster mahkamah” dalam Umno yang mempunyai keutamaan yang lebih tinggi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here