Hujan lebat, ribut petir di utara Semenanjung, Terengganu dan Kelantan

0
2

RIBUT petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda negeri utara Semenanjung termasuk Kelantan dan Terengganu dalam tempoh bermula Rabu hingga 30 September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, berkata cuaca buruk itu berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

“Ia di mana tiupan angin barat di rantau negara dijangka meningkat disebabkan  oleh Taufan Noru yang ketika ini berada di utara Filipina dan dijangka bergerak ke barat menuju Vietnam.

“Sehubungan itu, pembentukan garis badai yang boleh mengakibatkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri-negeri utara Semenanjung termasuk Kelantan dan Terengganu dalam tempoh 28 hingga 30 September ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Muhammad Helmi menasihati orang awam  untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here