Muhyiddin kata BN musuh utama PN, Pemuda Umno tanya apa pendirian PAS

0
1

PEMUDA Umno meminta PAS menyatakan pendirian mereka susulan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan musuh utama Perikatan Nasional (PN) ialah Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kerana PAS sebelum ini telah menegaskan Umno dan BN bukan musuh parti tersebut, sebaliknya musuh utama mereka adalah Pakatan Harapan (PH) dan ‘khemah besar’.

“Apa agaknya pendirian PAS ya?,” soal Asyraf Wajdi ringkas menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam Muhyiddin yang juga Pengerusi PN sekali lagi menegaskan musuh utama PN ialah BN pada PRU15.

Kenyataan Presiden Bersatu itu jelas bercanggah dengan kenyataan PAS yang sebelum ini mengingatkan Bersatu bahawa musuh utama mereka ialah PH, bukannya BN.

“Ini adalah Perikatan Nasional, sudah ada kesepakatan, antara perkara yang disepakati saya nak sebut bahawa musuh utama kita tidak lain tidak bukan ialah BN,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap dalam majlis sambutan ulang tahun Bersatu yang disiarkan menerusi Facebooknya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian PN yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam PRU15 nanti.

Takiyuddin berkata, parti itu sebaliknya tetap menegaskan bahawa musuh sebenar penyatuan ummah adalah PH dan sekutu-sekutunya termasuk khemah besar.

Menurutnya, PAS optimis hanya dengan perpaduan dan kerjasama politik antara parti-parti utama Melayu Islam sahaja akan dapat mengelakkan pertandingan lebih daripada dua penjuru dalam PRU15. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here