Bob Lokman meninggal dunia 

0
2

PELAWAK dan penulis lirik, Bob Lokman meninggal dunia hari ini, pada usia 58 tahun. 

Berita duka tersebut dikongsi laman Facebook rasmi kumpulan nasyid terkenal, Inteam sebentar tadi. 

“Telah kembali ke rahmatullah Almarhum Mohd Hakim Bin Lokman @ Bob Lokman di hari Jumaat yang mulia ini. 

“Semoga Allah merahmati roh Almarhum Abang Bob Lokman,” tulis hantaran itu. 

Sebelum ini, penulis lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search itu pernah dimasukkan ke hospital akibat masalah buah pinggang. 

Bob Lokman juga dilaporkan menghadapi masalah paru-paru dan jantung.  

Allahyarham meninggalkan isteri, Relawati Daud, 44, dan tujuh anak, Omar Hakim, 28, Ahmad Sufian, 27, Ahmad Rayyan, 16, Nur Amanee, 14, Luqmanulhakim, 13, Muhammad Danial, 10, dan Nur Amalin, 8. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here