Kabinet putuskan persiapan banjir perlu diberi keutamaan – Tuan Ibrahim

0
1
tuan ibrahim tuan man

MESYUARAT Kabinet semalam ada membincangkan soal tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas, berkata bagaimanapun tiada keputusan mengenainya dan Kabinet menegaskan persiapan menghadapi banjir perlu diberi keutamaan.

“Semalam Kabinet ada membincangkan soal pilihan raya, tetapi oleh kerana negara berada pada risiko musim tengkujuh, maka persiapan harus diberi dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir

“Kabinet buat keputusan persiapan banjir perlu diberi keutamaan, namun apa pun kita bergantung kepada keputusan Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Projek Pemuliharaan Sungai Dungun, di Dewan Sivik Bijangga, Kuala Dungun, Terengganu, hari ini.

Menurutnya, bagi pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) segala maklumat mengenai persiapan yang telah dilakukan bagi menghadapi musim tengkujuh sudah dimaklumkan kepada Kabinet.

“Pilihan raya ini saya tengok bergantung kepada situasi itu juga..mesti ambil kira soal banjir, sekolah akan jadi pusat pemindahan sementara banjir maka ia sudah tidak sesuai untuk dijadikan pusat pengundian.

“Selain itu dari segi anggota keselamatan dimana sebahagian besar terpaksa dikerah untuk membantu mangsa banjir. Kalau waktu itu nak diadakan pilihan raya maka mereka juga terpaksa jaga peti undi, jaga pengundi, jaga negara lagi,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada PRU-15 akan diadakan hujung tahun ini atau sebaliknya, namun bagi pihaknya beliau berharap ia tidak diadakan dalam tempoh terdekat.

“Saya fikir kita masih ada masa lagi, tidak perlu tergesa sangat tentang pilihan raya ini.

“Saya tentulah tidak setuju..saya rasa rakyat semua tidak setuju kalau buat pilihan raya ketika musim banjir,” katanya yang merasakan tarikh terbaik untuk diadakan pilihan raya adalah sehingga akhir penggal,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here