Adakah cuma KJ berani tak bersetuju PRU15 pada musim banjir? – soal Kit Siang

0
1

VETERAN DAP, Lim Kim Siang mempersoal adakah Khairy Jamaluddin satu-satunya menteri atau pemimpin Umno yang berani tidak bersetuju dengan Presiden Umno bahawa salah untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada musim tengkujuh dan banjir.

Kit Siang berkata Khairy yang juga Menteri Kesihatan telah menyatakan bahawa mengadakan PRU15 semasa musim tengkujuh bukanlah satu tindakan bijak.

“Adakah Khairy suara tunggal dalam kalangan menteri dan pemimpin Umno yang berani untuk tidak bersetuju dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya menerusi tulisan di blog miliknya hari ini.

Semalam Khairy dilaporkan berkata PRU15 tidak sesuai diadakan ketika musim banjir kerana banyak faktor perlu diambil kira.

Beliau berkata, selain faktor kesihatan, Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan banyak perkara penting perlu diambil kira antaranya aspek tenaga kerja dan keselamatan rakyat pada musim banjir.

“Sebab pertama adalah tenaga kerja kerana banyak yang diperlukan untuk pilihan raya malah pada bulan monsun pun ramai perlu dikerah untuk menjaga pusat pemindahan sementara (PPS), jaga keselamatan rakyat dan pemindahan.

“Kedua, dari segi kemudahan… PPS banyak diadakan di sekolah dan ia juga jadi pusat mengundi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here