Lancar kempen henti fitnah, tapi PAS yang kuat fitnah, dakwa Hannah

0
1

AHLI Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membidas PAS dengan mendakwa parti itu kuat membuat fitnah.

Pada masa sama katanya, menteri daripada PAS pula melancarkan kempen ‘Hentikan Fitnah di Media Sosial, yang disifatkan tidak selari dengan perbuatan mereka.

“Ini contoh hipokrasi PAS parti agama lancarkan kempen ‘Hentikan Fitnah di Media Sosial tetapi merekalah yang kuat fitnah orang lain.

“Saya ada bukti siasatan polis bahawa Muafakat Nasional yang fitnah saya tapi tiada tindakan lanjut daripada AG (Peguam Negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Beliau turut memuat naik beberapa tangkap layar laporan berita berhubung kenyataan polis mengenai kes fitnah dihadapinya.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melancarkan kempen kesedaran hentikan fitnah di media sosial anjuran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Idris berkata, ia bagi membendung berita tidak benar yang semakin berleluasa di media sosial.

Menurutnya, ketika ini ramai individu ingin menjadi wartawan dan kemudiannya menyebarkan berita di media sosial dengan tidak mematuhi etika kewartawanan demi mensasikan isu yang ingin dikongsikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here