KEMENTERIAN Luar Negeri mengesahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dalam kenyataan berkata, susulan penahanan itu Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.
“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan kes ini menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan punca penahanan mahasiswa tersebut kerana ia masih berusaha mendapatkan maklumat lanjut. – Malaysiapost

