Dasar Tenaga Negara 2022-2040 dilancar hari ini

0
2

DASAR Tenaga Negara (DTN) 2022-2040 yang dilancar hari ini digubal selepas mengambil kira perkembangan serta cabaran dalaman dan luaran demi memastikan sektor tenaga dapat terus membangun dengan mampan, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Perdana Menteri berkata, visi DTN itu adalah Kemampanan Tenaga Untuk Mencapai Kemakmuran Bersama dan disokong oleh tiga objektif.

“Pertama, meningkatkan daya tahan ekonomi makro dan jaminan bekalan tenaga; kedua, mencapai kesaksamaan sosial menerusi mampu bayar tenaga; dan Ketiga, memastikan kelestarian alam sekitar.

“Objektif ini bertujuan mengimbangi trilema tenaga yang sejajar dengan matlamat utama Rancangan Malaysia Kedua Belas dan juga Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, DTN juga akan memperkemas dan mengharmoni pelbagai dasar berkaitan tenaga sedia ada bagi memastikan sektor ini terus kalis cabaran pada masa hadapan.

Katanya, kerajaan akan terus bersikap prihatin dan memberi jaminan bahawa Keluarga Malaysia akan terus mendapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin pada harga mampu bayar.

“Pada masa sama, satu penyelesaian holistik yang diperlukan bagi menjamin bekalan tenaga, kemampanan alam sekitar dan kemakmuran Keluarga Malaysia selain menggalak daya saing dan inovasi dalam industri serta merancakkan pertumbuhan ekonomi,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here