Covid-19: 1,639 kes baharu, 4 kematian semalam

0
2
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan empat kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,312 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,639 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan sembilan kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,818,890 kes.

Selain itu, seramai 24,404 individu atau 95.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan empat ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,143 kes pula dirawat di hospital dan 60 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 39 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here