Amanah, PH akan jadi kerajaan lebih baik jika diberi mandat – Mat Sabu

0
2

PARTI Amanah dan Pakatan Harapan (PH) akan menjadi kerajaan yang lebih baik jika sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keyakinan itu disuarakan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam ucapan penggulungan sempena Konvensyen Nasional 2022 Parti Amanah di Seremban semalam.

“Kita ada pengalaman mentadbir dengan baik dan bersama kita pimpinan yang penuh dengan dedikasi serta integriti,” katanya.

Sedutan ucapan bekas Menteri Pertahanan itu dikongsi menerusi poster dimuatnaik di Facebooknya.

Selepas PRU14 lalu, PH hanya mentadbir negara selama 22 bulan sebelum kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu tumbang susulan ‘Langkah Sheraton’ pada awal tahun 2020.

Sementara itu Mohamad berkata beliau tidak mahu Parti Amanah dikatakan ‘parti Mat Sabu’, sebaliknya ia milik semua pimpinan serta anggota parti tersebut.

“Saya mahu parti ini lebih kuat walaupun tanpa kehadiran saya suatu hari nanti. Perjuangan kita tidak kenal tua atau muda,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here