Tarikh PRU15: Bersatu tak diajak berbincang pun – Peja

0
2

BERSATU mengesahkan parti itu setakat ini tidak diajak berbincang berhubung tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU15) walaupun semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan ianya semakin hampir. 

Perkata itu didedahkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga hari ini tidak berbincang dengan parti komponen dalam kerajaan sedia ada berhubung pembubaran Parlimen bagi mengadakan PRU15. 

“Setakat ini tak ada perbincangan (dengan Perdana Menteri) tetapi again semua orang tahu, tak payah Perdana Menteri, tak payah tanya saya, we know election is very near.

“Memang pilihan raya dah dekat, tempoh lima tahun itu dah hampir matang kalau pun disambung sehingga penghujung pun tak lama lagi dari sekarang,” katanya dipetik Utusan Malaysia, hari ini. 

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Perikatan Nasional (PN) sudah bersedia untuk menghadapi PRU15 sekalipun ia diadakan pada masa terdekat ini.

“Kami menjalinkan hubungan yang baik dalam kalangan parti-parti komponen dan kami bersedia menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat.

Tanpa menyebut tarikh sebenar, beliau hanya memaklumkan ‘sedikit lagi, tidak lama lagi’.

“Bila tarikh tarikhnya? Saya dan Presiden akan bincang. Sikit lagi, tidak lama lagi,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here