JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca buruk termasuk hujan lebat berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga jam 2 petang hari ini.
Menerusi laporan yang dikeluarkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.
MetMalaysia turut meramalkan tujuh daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang turut mengalami cauaca buruk pagi ini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” menurut MetMalaysia. – Malaysiapost

