GTA sama taraf dengan ‘Janji 100 Hari’ –Puad

0
1
PERAK TENGAH 16 JANUARI 2018. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengadakan sidang media selepas program Jelajah Komuniti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan Gerakan Tanah Air (GTA) adalah sama taraf dengan janji 100 hari yang diperkenalkan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan.

Beliau berkata, sebenarnya ia adalah hala tuju Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan hala tuju GTA seperti yang diumumkan bekas Perdana Menteri itu semalam.

“Terlalu panjang kalau mahu diulas. Boleh disimpulkan ia ‘sama taraf’ dengan ianji 100 hari yang tipu dan gagal. Mudah cakap, ia adalah ‘Janji 100 hari 2.0’.

“Fokus GTA ialah rakyat yang biasanya tidak bersuara dalam politik. GTA mahu menyatukan mereka yang tidak berparti. Tetapi sudah dibuktikan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Target GTA itu gagal. Semua calonnya hilang deposit,” katanya dalam hantaran Facebook.

Mohd Puad berkata, Dr Mahathir sudah mensia-siakan peluang untuk membuktikan janji dan kata-katanya kepada rakyat.

“Tun M sudah banyak peluang kerana dua kali jadi PM. Dia mensia-siakan peluang kali kedua. Dia zalim kepada rakyat dengan janji 100 hari. Bahkan semakin zalim pada musuh politiknya.

“Rakyat tetap gerun dengan hala tuju terbaharunya,” ujarnya.

Terdahulu, Dr Mahathir menegaskan GTA dipimpin olehnya bukan parti politik biasa sebaliknya ia adalah gerakan rakyat yang biasanya tidak bersuara dalam politik.

Beliau yang merupakan Pengerusi Penaja GTA berkata, golongan tersebut adalah mereka yang tidak bersetuju dengan perkembangan politik dalam negara.

“Mereka mendapati tidak ada satu pun parti politik yang memenuhi kehendak negara. Mereka berpendapat menyokong parti-parti yang ada tidak menghasilkan kerajaan yang mampu menyumbang kepada kestabilan dan kejayaan negara.

“Kecewa dengan keadaan politik dalam negara, ramai mereka memilih untuk mengasingkan diri daripada politik. Ramai pula yang tidak akan mengundi.

“Malangnya kerana tidak mengundi, kemenangan akan diperolehi oleh parti yang mereka tolak,” katanya dalam kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here