BN ‘jenama’ parti politik sepanjang zaman – Zahid

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan misi Barisan Nasional (BN) ketika ini adalah untuk mengembalikan mandat rakyat menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, usaha itu penting bagi membolehkan rakyat kembali memilih BN sebagai jenama parti politik sepanjang zaman.

“Lebih penting misi kita untuk segera mengembalikan mandat kepada rakyat pada PRU15 supaya mereka akan kembali memilih BN sebagai jenama parti politik yang akan terus diyakini sepanjang zaman,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Dalam hantaran sama, Ahmad Zahid turut berkongsi gambar kemeriahan sambutan Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, semalam.

“Gambar-gambar Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 10,000 peserta seluruh negara semalam.

“Semangat solidariti para pemuda yang datang dari segenap pelusuk negara dengan tekad yang sama untuk #BangkitKembali

“Tahniah kepada (Ketua Pemuda BN) Datuk Dr Asyraf Wajdi dan seluruh kepimpinannya atas kejayaan ini,” katanya.

Terdahulu, dalam majlis sama semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengulangi pendirian dan janjinya untuk segera berbincang dengan ‘Top Five’ Umno berhubung pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan semangat dan sokongan Pemuda BN hari semalam, beliau akan berbincang dengan segera bersama Presiden dan Top Five. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here