‘PRU15 tidak lama lagi’ – PM

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membayangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.

Tanpa menyebut tarikh sebenar, beliau hanya memaklumkan ‘sedikit lagi, tidak lama lagi’.

“Bila tarikh tarikhnya? Saya dan Presiden akan bincang. Sikit lagi, tidak lama lagi.

“Di hadapan pemimpin BN termasuk top 5, kita kena bincang-bincang cepat setelah melihat semangat semua Pemuda BN hari ini,” katanya memetik Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur hari ini.

Ucapan itu sekali gus menerima teriakan dan tepukan 10,380 Pemuda BN yang memenuhi dewan tersebut yang menyebut ‘bubar, bubar’ yang merujuk pembubaran Parlimen ke-14.

Namun, Ismail Sabri menjelaskan, paling penting adalah kemenangan BN pada PRU15 kerana tanpanya, parti boleh mengulangi situasi PRU14 di mana tewas di tangan parti pembangkang.

Justeru, beliau menggesa seluruh jentera BN termasuk Pemuda BN untuk mendekati pengundi muda di samping menjuarai media sosial.

“Kelemahan PRU14, kita tidak mampu menjawab tohmahan pembangkang, hari ini mereka memfitnah kita dan kerajaan, jika gagal lagi, kita terima padah dan kesannya besar. Jadi Pemuda mesti menguasai peperangan maya.

“Kita turut menyaksikan pertambahan pengundi muda. Tetapi, sejauh mana engagement kita dengan mereka? Berapa ramai kita jumpa pelajar tingkatan enam? Berapa ramai kita pelajar universiti,” soalnya.

Ismail Sabri menambah, kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif untuk golongan muda dan Pemuda BN harus menerangkan perkara itu khususnya dalam media sosial.

“Jelas di mata saya Pemuda BN telah bangkit semula. Saya percaya tiada sesiapa boleh menyekat kebangkitan Pemuda.

“Saya yakin kita bersetuju untuk bubar Parlimen, kita Insya-Allah menang PRU15,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here