Kerajaan tidak campur urusan tentukan OPR – Tengku Zafrul

0
1

KERAJAAN tidak mengetahui sama ada kadar dasar semalaman (OPR) akan dinaikkan lagi memandangkan keputusan itu hanya ditentukan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara (BNM).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan menentukan OPR, sama seperti negara-negara lain.

“Jadi, secara jujur saya tidak tahu dakwaan sekiranya OPR akan naik lagi,” katanya menurut Harian Metro.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, terdapat salah anggap kenaikan OPR yang didakwa mengkayakan pihak bank.

 “Apabila OPR naik, bank juga kena bayar kaedah faedah lebih tinggi kepada pendeposit,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, OPR negara masih rendah berbanding negara lain yang naik sehingga lebih 200 mata asas.

Menurutnya, ini berbeza dengan OPR negara yang pada tahap 2.5 peratus dengan BNM menaikkan 75 mata asas, sejak Januari lalu.

“Adakah ini tinggi? Saya rasa kalau berbanding dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada separuh tahun pertama sebanyak 6.9 peratus dan suku kedua adalah 8.9 peratus.

“Harus diingati OPR negara sebelum pandemik Covid-19 adalah sekurang-kurangnya 3% sejak 2013. Jadi, masih rendah dan dasar monetari masih lagi akomodatif,” katanya.

Mesyuarat  Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC)  yang ditadbir di bawah Akta Bank Negara pada 8 September lalu mengumumkan BNM menaikkan 25 mata asas (bps) dalam OPR kepada 2.50 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here