Malaysia masih memerlukan Tun M

0
1

HANYA Tun Dr Mahathir Mohamad saja yang boleh mendapat keyakinan dari dunia luar bagi menyokong atau membantu memacu semula ekonomi negara, kata Pengerusi Pejuang Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan.

Menurutnya, negara masih memerlukan bimbingan dan kepimpinan bekas Perdana Menteri itu untuk mengelakkan kejatuhan ekonomi yang lebih teruk.

“Kejatuhan nilai ringgit kepada dollar di paras paling rendah dalam sejarah matawang negara amat membimbangkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Pengalaman politik dan ekonomi Dr Mahathir terlalu luas dibandingkan dengan kita semua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairuddin berkata, kepintaran serta kewibawaan Dr Mahathir masih diperakui oleh dunia luar dan sering dijemput untuk memberi pelbagai pandangan di pentas antarabangsa.

“Dua krisis ekonomi dunia pada tahun 1986 dan 1997 ditangani secara efektif oleh tokoh negarawan melayu ini mengikut acuannya yang tersendiri.

“Pakar ekonomi dunia dan penyangak mata wang George Soros terpaksa tunduk pada Dr Mahathir serta mengakui formula mantan Perdana Menteri Malaysia ini amat efektif dalam menangani krisis ekonomi peringkat dunia,” katanya.

Selain itu, Khairuddin menegaskan, Dr Mahathir adalah ikon pemimpin Islam yang sentiasa mengangkat martabat syiar Islam di Malaysia mahu pun di dunia.

“Dunia luar memandang tinggi kredibiliti Dr Mahathir sehingga pada suatu masa dahulu negara-negara Islam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

“Manakala kuasa-kuasa besar dari dunia barat turut tertekan dengan kewibawaannya yang sentiasa menjadi jurucakap ke arah membela negara-negara membangun serta negara-negara Islam di seluruh dunia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here