Umno, BN ucap takziah kepada keluarga Samy Vellu

0
1

BARISAN Nasional (BN) menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handai kepada bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu yang meninggal dunia di kediamannya di ibu negara, pagi tadi.

“Kepada seluruh ahli keluarga mendiang terus cekal dan tabah.

“Jasa beliau dalam membantu pembangunan masyarakat India di negara ini akan terus dikenang,” kata Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Facebooknya.

Sementara itu Pemuda BN turut merakam ucapan takziah buat keluarga mendiang.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sumbangannya kepada negara dan masyarakat India di negara ini begitu besar hingga dihormati kawan dan lawan, juga antara menteri Kabinet paling lama iaitu 25 tahun berkhidmat.

“Moga segala perjuangannya untuk mengangkat martabat kaum India di negara ini terus memugar dan disemangati oleh generasi pewaris perjuangannya dalam MIC masa kini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here