Mimifly nafi sudah berkahwin dengan jejaka berkulit hitam 

0
2

PENYANYI Mimifly menafikan dakwaan dirinya telah mendirikan rumah tangga bersama teman lelaki warga asing kelahiran Amerika Syarikat. 

Tegas Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 36, dia dan jejaka berkulit hitam itu masih dalam proses mengenali hati budi biarpun hubungan mereka telah melewati usia tiga tahun. 

“Belum… tengah cuba mengenal hati budi kan. Ya, ada jumpa keluarga dia. Tak adalah, mana ada kahwin. 

“Sudah tentu kalau borak benda ni (kahwin) dengan mama, kenalah beritahu. Tapi ada masanya rasa nak simpan untuk diri sendiri. 

“Sehingga kini saya sedang menikmati hubungan ini, menyeronokkan. Tak perlu nak fikir soal kahwin. Saya pun pernah berkahwin dan bercerai, jadi saya tak fikir pun tentang berkahwin. 

“Hubungan jarak jauh tiada masalah bagi kami. Saya boleh fokus bekerja, dia pun sama. Hubungan kali ini mengajar saya untuk treat pasangan dan diri sendiri serta kerja,” katanya memetik Astro Gempak. 

Hubungan Mimi dan lelaki yang bertugas sebagai doktor pakar tulang belakang itu mula menjadi buah mulut apabila penyanyi itu secara terbuka berkongsi foto bersama ketika bercuti.  

Bagaimanapun, hubungan mereka terjalin secara jarak jauh. 

Baru-baru ini pula Mimi melawat keluarga lelaki berkenaan di Dallas, Amerika Syarikat selama tiga minggu. 

Sebelum ini, Mimi pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun pasangan itu bercerai pada November 2017. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here