Covid-19: 1,942 kes baharu, 6 kematian semalam

0
2
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan enam kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,291 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 1,942 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan sembilan kes import.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,808,896 kes.

Selain itu, seramai 24,431 individu atau 95.1 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 11 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,189 kes pula dirawat di hospital dan 61 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 39 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here