PROGRAM Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) perlu dilipatgandakan terutama di beberapa negeri yang dilihat agak perlahan pelaksanaannya, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa.
Menurutnya, setakat ini program berkenaan sudah dilaksanakan di 454 Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu 71 peratus daripada 639 DUN yang disasarkan.
Beliau berkata, negeri yang kurang pelaksanaan PJMKM adalah membabitkan Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan tertentu di Sarawak.
“Kita mengambil maklum tentang kemajuan PJMKM. Seperti yang saya unumkan dalam Mesyuarat yang lalu, menjelang pertengahan September ini kita mahu melihat pelaksanaan 100 peratus di 639 kawasan.
“Ternyata kita belum mencapai tahap tersebut. Namun telah meningkat banyak iaitu 454 pusat jualan dab menjelang hujung minggu ini akan meningkat lagi iaitu kepada tahap 71 peratus dan kita harap usaha perlu dilipatgandakan terutama di beberapa ngeri yang agak perlahan pelaksanaannya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, hari ini.
Annuar berkata, pada bulan depan, jualan murah itu akan diperluaskan di kampus-kampus universiti dan pelancarannya dijadualkan pada 10 Oktober ini.
“Sebaik sahaja universiti dibuka semula untuk sesi semester yang baru, PJMKM akan mula dilancarkan di kampus dan pelancarannya akan di buat pada 10 Oktober ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Juala-jualan yang sama akan diadakan serentak di kampus-kampus universiti yang lain. Koperasi-koperasi yang sedia wujud dalam universiti berkenaan sudah dikenalpasti untuk melaksanakan tanggungjawab ini.
Menurutnya, beberapa perkara mengenai PJMKM yang perlu diberi perhatian untuk diperbaiki dan pihaknya telah maklumkan dalam mesyuarat hari ini.
“Pertamanya adalah soal pemakluman kepada rakyat dan orang ramai melalui saluran-saluran berita tempatan. Stesen radio tempatan hendaklah memaklumlan orang ramai dimanakah premis yang mengadakan PJMKM, apa barang yang ditawarkan, peratusan diskaun yang diberikan dan bila tarikh jualan tersebut.
“Ini bagi memastikan rakyat dan golongan yang berpendapat. rendah mendapat maklumat serta dapat menggunakan sepenuhnya manfaat jualan murah yang diadakan di kawasan mereka,” katanya.
Beliau berkata, keduanya adalah membabitkan semua premis yang terbabit dalam PJMKM hendaklah memaparkan dengan jelas produk dan label dengan piawaian tertentu yang ditetapkan pihak berkuasa.
“Kita telah memilih logo dan warna tertentu. Kita harap ia diseragamkan supaya ia lebih efektif dari sudut pemasaran dan jenama program yang kita laksanakan ini. Walaupun nampak kecil, tetapi sebenarnya ia adalah penting,” katanya. Malaysiapost

