25% pengundi Melayu atas pagar akan sokong GTA pada PRU15 – Khairuddin

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamad mampu menarik lebih 25 peratus pengundi Melayu atas pagar untuk menyokong Gerakan Tanah Air (GTA) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata naratif wadah perjuangan GTA untuk PRU15 amat jelas untuk menyatupadu, seterusnya memperkasa semula bangsa Melayu yang mendapat sambutan memberangsangkan. 

Tambahan pula, katanya GTA telah membuat pendirian tegas untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membolehkan ia meningkatkan jumlah pengundi Melayu atas pagar untuk menyokong wadah perjuangan Dr Mahathir. 

“Di beberapa negeri memperlihatkan sambutan rakyat pada program GTA amat baik. Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan penubuhan GTA mendapat reaksi positif dan sambutan berkembang secara pesat dan amat cepat,” katanya hari ini. 

Khairuddin berkata, ketajaman dan kebijaksanaan pemikiran Dr Mahathir yang mahukan penyatuan Melayu di bawah payung GTA bakal memacukan anak bangsa ke era yang lebih cemerlang. 

Dalam pada itu, katanya, perjuangan bekas Perdana Menteri itu amat konsisten dan tidak pernah menipu untuk menegakkan kebenaran demi kesejahteraan masa depan bangsa dan negara. 

“Kepentingan kesejahteraan bangsa, negara dan agama adalah agenda utama dalam penghidupan Dr Mahathir. 

Tambahnya, hasrat Dr Mahathir hanya mahu melihat anak bangsa cemerlang dan maju selari dengan pembinaan semula Malaysia Baharu. 

Katanya, maruah orang-orang melayu mesti ditebus serta kejayaan anak bangsa dalam semua sektor harus diperkasakan semula. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here