GEMPA bumi kuat dengan 7.3 magnitud melanda Papua New Guinea pada jam 7.47 pagi waktu Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia, berkata jaraknya pada 75 kilometer barat laut dari Lae, Papua New Guinea dengan kedalaman 113 kilometer.
Sementara itu, Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) memaklumkan gempa itu berada pada kedalaman 80 kilometer (49.7 batu).
Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa itu. – Malaysiapost

