ANAK muda harus mainkan peranan lebih baik dalam mencorak politik norma baharu yang lebih berprinsip dan berintegriti.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat khususnya anak muda telah muak dengan sikap pemerintah yang hanya mengutamakan kepentingan mereka.
“Rekod kerajaan negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang membuktikan bahawa PH cakna kepada permasalahan rakyat dengan pelbagai inisiatif dilakukan untuk rakyat yang di bawah.
“Ternyata PH merupakan medium terbaik dalam menterjemah aspirasi rakyat keseluruhan yang kini dihimpit pelbagai permasalahan ekoran kegagalan dan kelembaban kerajaan,” katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Terdahulu malam tadi beliau menyampaikan ceramah di pentas Angkatan Muda di Taman Medan, Petaling Jaya. – Malaysiapost

