1MDB: Kenapa penerima dana bukan Melayu, penyokong DAP tidak disiasat- Raja Petra

0
2

PENGENDALI blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendedahkan lebih 350 individu dan pertubuhan yang menerima dana 1MDB bernilai lebih RM780 juta tidak dikenakan sebarang tindakan.

Dia mempersoalkan kenapa pihak berkuasa hanya mengejar pemimpin Umno yang menerima wang daripada dana 1MDB sekitar RM19 juta.

Dengan memetik bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Sharir Samad yang didakwa di mahkamah kerana menerima RM1 juta dana 1MDB daripada Presiden Umno ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

“Kenapa yang RM19 juta dikejar sehingga ke lubang cacing. Hendak di masukkan ke penjara jumlah yang RM19 juta tadi. Tapi yang RM780 juta tidak ada tindakan.

“Ramai yang komen di dalam video saya semalam, balik lah Malaysia buat laporan polis…Buat laporan pada SPRM…Orang Malaysia ini ‘kayulah’, laporan telah dibuat yang saya dapat laporan 350 ini…Datang dari laporan mereka, SPRM dah terima laporan, polis juga dah terima laporan.

“Isu dia sebab apa tidak ada tindakan…Itu yang saya bangkitkan bukan mereka tak tahu,” katanya dalam siaran video yang disiarkan di portal Malaysia Today.

Raja Petra mendakwa 350 penerima berkenaan datangnya dari Pulau Pinang dan 90 peratus daripada mereka adalah bukan Melayu.

Namun, RM19 juta yang menerima dana berkenaan merupakan pemimpin Umno pula telah dikenakan tindakan.

Tambah Raja Petra lagi, pendedahan ini dibuat sejak Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara lagi berdasarkan laporan audit 1MDB.

Bagaimanapun ia tidak diendahkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohomad dan Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas.

Raja Petra mendakwa 350 individu dan pertubuhan terbabit tidak didakwa kerana dipercayai sebahagian mereka merupakan penyokong DAP.

“PricewaterhouseCoopers (PWC) adalah auditor dan penasihat cukai untuk Goldman Sachs.

“Mereka juga dilantik sebagai pentadbir untuk 1MDB. Bukan ke ini conflict of interest? Berapa banyak maklumat telah PWC rahsiakan untuk memelihara Goldman Sachs?

“Dan berapa banyak rahsia DAP dan lebih dari 350 penerima wang 1MDB dari Pulau Pinang telah disembunyikan? Soal Raja Petra.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here