DATUK Seri Najib Razak yang kini dipenjarakan berhubung kes rasuah, mengucapkan takziah kepada keluarga diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Bekas Perdana Menteri itu menerusi Facebooknya hari ini mengimbas kenangan lawatan Ratu Elizabeth II ke Malaysia dan kemurahan hatinya sebagai tuan rumah semasa pertunangan beliau dan isteri dahulu.
“Dia akan dirindui oleh semua orang di United Kingdom dan di seluruh dunia.
“Dunia berkabung bersamamu,” tulis hantaran tersebut.
Terdahulu Ratu Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat dalam sejarah British meninggal dunia pada usia 96 tahun.
Berita duka itu diumumkan Istana Buckingham dalam kenyataan pada jam 6.30 petang semalam. – Malaysiapost

