Ambil tindakan kepada penumpang buang najis dalam tren -Netizen

0
2

MESKIPUN Malaysia sudah merdeka selama 65 tahun, namun masih ada sifat tidak bertamadun manusia yang tergamak membuang najis di dalam tren.

Kejadian yang memualkan itu berlaku di dalam salah satu tren milik Rapid KL sehingga mengundang rasa tidak selesa di kalangan penumpang.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Rapid KL, syarikat itu mengeluarkan kenyataan menasihatkan para penumpang agar bertanggungjawab menjaga kebersihan ketika berada pengangkutan awam.

“Para penumpang yang dihormati, kami ingin memohon kerjasama agar menjaga kebersihan diri serta kawasan sekeliling ketika di dalam bas mahu pun tren, demi keselesaan bersama. Kerjasama serta perhatian semua adalah amat kami hargai,” katanya.

Ini merupakan kejadian kali kedua berlaku di dalam tren milik syarikat berkenaan dan orang ramai mendesak agar tindakan keras diambil terhadap penumpang berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen marah dengan perbuatan tersebut dan mengecam kelakuan yang langsung tidak bertamadun itu.

“Saya cadangkan lihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) supaya dapat tangkap si pelaku,” kata salah seorang pelayar.

“Nampak sangat penumpang-penumpang tak berotak, menyusahkan orang lain dan pengurusan.

“Dah ade kemudahan tak tahu jaga, sempat lagi lepaskan hajat. Orang macam ni tak layak tinggal di Malaysia, pengotor,” kata netizen. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here