6 tahun Bersatu: Dr Radzi imbau daftar keahlian ketika berkhidmat di Australia

0
1

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin semalam mengimbau kembali saat beliau mendaftarkan diri sebagai ahli seumur hidup Bersatu, ketika masih berkhidmat di University of Tasmania, enam tahun lalu.

Menerusi satu catatan di Facebooknya sempena ulang tahun keenam Bersatu semalam, Dr Radzi berkata parti itu ditubuhkan pada 9 September 2016 ketika beliau sekeluarga menetap di Hobart, Australia.

“Apabila pendaftaran keahlian secara atas talian dibuka, saya dan isteri mendaftarkan diri sebagai ahli seumur hidup Bersatu. Walaupun berada di luar negara selama hampir 20 tahun, Malaysia tetap tanah airku.

“Semangat untuk melihat kebenaran ditegakkan, kemungkaran dilawan dan penyelewengan ditentang teguh di jiwa. Bersatu menjadi wadah perjuangan!,” kata Naib Presiden Bersatu itu.

Dr Radzi berkata, setelah enam tahun penubuhan Bersatu, parti itu terus teguh dan bersama-sama parti komponen yang lain menjadi tunjang Perikatan Nasional (PN).

Beliau juga berharap sambutan ulang tahun keenam parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu terus memberi inspirasi dan kekuatan kepada seluruh ahli dan pendokong Bersatu.

“Seperti bait dalam lirik lagu Bersatu, “Walau apa pun rintangan, teruskan perjuangan. Jangan gentar, berani kerana benar”.

“Dalam berpolitik, apa yang paling penting adalah keberkatan yang Maha Esa. Bersatu! Bersatu! Bersatu!,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here