Umno diketuai Tun M lebih kejam – Mohd Razlan

0
1
Datuk Razlan Rafii

DAKWAAN bahawa Umno tidak sama seperti dahulu adalah benar kerana Umno kini bukan seperti yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Mohd Razlan Rafii.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu yang mengetuai Umno selama 22 tahun disifatkan kejam dan sanggup memenjarakan musuhnya sebagai Presiden Umno ketika itu.

“Umno hari ini bukan kuku besi dan Umno hari ini jauh dari politik Nepotisme dan kronisme zaman Mahathir.

“Umno hari ini mengamalkan keterbukaan pandangan, Umno hari ini tidak sanggup bertindak terhadap musuh sesama parti tidak seperti zaman Mahathir, sekira berbeda pandangan, ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) senjata Presiden,

“Penjara tanpa bicara, baik musuh luar Umno mahupun musuh dalam Umno, semua yang memusuhi Presiden akan di ISA kan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Semalam, Dr Mahathir dalam satu kenyataan, berkata Umno sekarang sudah beralih menjadi parti perasuah secara total, dari puncak pimpinan sehingga ke akar umbi.

Katanya, pemenjaraan Datuk Seri Najib Razak tidak membersihkan Umno selain budaya Umno bukan lagi seperti ketika ianya ditubuhkan.

Beliau juga berkata, kini terpaksa menentang Umno meskipun pernah menerajui parti itu selama 22 tahun kerana Umno tidak lagi berada di landasan sebenar.

Sementara itu, Mohd Razlan berkata Umno adalah sebuah parti yang terus berubah demi kepentingan negara, dasar dan kemajuan rakyat.

“Bukan macam Mahathir, 22 bulan memerintah, pembangunan terbantut, kontrak ditamatkan, pekerja di berhentikan, semuanya dendam kesumat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here